Mengenai WWW.NIAGAWEBS.COM
|
Sebuah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang bernombor 001944699-M dan menjalankan perkhidmatan utama iaitu menyediakan Pembangunan Laman WEB pada skala kecil atau besar dengan kadar harga yang berpatutan untuk individu/syarikat/institusi serta persatuan yang inginkan sebuah laman Web RASMI mereka.
Disini, kami menyediakan plan pakej yang lengkap iaitu dari mendaftarkan Hosting dan Domain , serta membangunkan pakej yang dilanggan oleh pelanggan. Bagi pendaftaran Hosting dan domain pihak kami akan mendatftar di www.ipserverone.com dan akaun anda akan dijaga oleh pihak kami (bagi urusan kemaskini langganan dan membuat penambahan ruang hosting dan pembelian domain)
|
Mengenai IPSERVERONE.COM |
Sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan bagi Sewaan HOSTING yang bertempat di MALAYSIA
HOSTING DAN DOMAIN
WWW.NIAGAWEBS.COM tidak akan betanggungjawab bagi urusan :-
1.
Kerosakan/masalah sistem yang dibangunkan seperti Wordpress dan CMS (content management system) yang dibangunkan pada server tersebut.
2. kerosakan/masalah server dan akaun E-Mel
3.WWW.NIAGAWEBS.COM hanya bertanggungjawab mengenai hal-hal data .php (bagi pembangunan pakej MYWEB!, MYHOST! serta design sahaja).
4.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi kerosakan/penggunaan/kemaskini/penyelengaraan server atau E-Mel. sebarang masalah sila hubungi www.ipserverone.com
5. Pihak NIAGAWEBS.com tidak akan bertanggungjawab mengenai isi kandungan laman dan gambar bagi laman WEB yang dibangunkan.
|
Persetujuan Melanggan Pakej dan Melayar di Laman WEB WWW.NIAGAWEBS.COM |
Dengan mengakses/melanggan laman WEB WWW.NIAGAWEBS.COM pelanggan secara tidak langsung telah menerima atau bersetuju dengan segala terma iaitu :-
1. Setuju dengan bantuan belian hosting dan domain yang dibuat oleh WWW.NIAGAWEBS.COM yang dibeli di WWW.IPSERVERONE.COM
2. Setuju dengan pembangunan pakej-pakej yang disediakan
3. Setuju dengan tempoh, terma yang disediakan oleh WWW.NIAGAWEBS.COM
4. Setuju dengan Hakcipta bagi idea/design dan program bagi pembangunan laman WEB yang dilanggan.
5. Setuju untuk membayar untuk deposit dan pembayaran akhir setelah siap kerja-kerja pembangunan dalam masa 24 Jam.
6.
Setuju untuk memberikan komitmen yang jelas bagi pembangunan pakej yang dipilih.
7. Setuju untuk mengikut jadual pembayaran yang perlu dibayar.
8. Setuju dengan penutupan akaun bagi pakej yang dilanggan iaitu pakej MYWEB!, MYBLOG! dan MYHOST! sekiranya pembangunan menyalahi undang-undang cyber dan negara dan setuju untuk menerima pulangan wang deposit mengikut langganan tahunan yang dibuat. (pemulangan wang tidak termasuk kos pembelian hosting dan .domain yang dibuat)
9. Setuju dengan pembangunan yang dijalankan selepas pihak pelanggan (anda) E-Mel bukti transaksi untuk deposit pakej yang dilanggan.
10.Setuju sekiranya pakej yang dibangunkan tidak dibangunkan kerana pihak pelanggan (anda) tidak E-Mel bukti transaksi pembayaran.
11. Setuju dengan Caj bagi pembelian Hosting dan Domain di www.ipserverone.com , DAN Caj lebihan dari pembelian yang dibuat adalah Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pihak kami kepada pelanggan.
Contoh : belian hosting dan domain adalah RM148 , maka RM2 adalah caj bantuan belian yang dikenakan oleh pihak kami kepada pelanggan.
| |
| 13.Pakej MYBLOG! |
| a). Setuju dan faham sepenuhnya proses/pembayaran/syarat di halaman Syarat Penggunan Servis di WWW.NIAGAWEBS.COM bagi kerja-kerja pembangunan sistem pakej pilihan saya.
b). Setuju untuk memberi WWW.NIAGAWEBS.COM akses ke sistem Hosting yang disewa oleh saya untuk tujuan pembangunan sistem yang saya langgan iaitu pakej MYBLOG!
c). Setuju untuk memberikan maklumat dan kerjasama yang baik
d). Setuju untuk melanggan pakej MYBLOG! selama (mengikut tempoh langganan yang dipilih oleh anda) yang akan dibangunkan oleh WWW.NIAGAWEBS.COM
e). Setuju sekiranya saya telah mempunyai Domain sendiri, pihak saya akan E-Mel Domain Access Document kepada pihak NIAGAWEBS bagi membuat pautan link IP server pada domain yang telah digunakan oleh saya.Dan sekiranya pihak saya tidak memberikan komitment serta E-Mel data yang diperlukan oleh NIAGAWEBS dalam masa 24 Jam, saya setuju untuk pihak NIAGAWEBS akan memulangkan wang dposit dan proses pembangunan akan ditamatkan serta merta.
f). Setuju dengan CAJ kos perkhidmatan pembangunan pakej MYBLOG! serta menggunakan wordpress sebagai enjin pada blog anda |
| |
| 14.Pakej MYWEB! |
| a). Setuju dan faham sepenuhnya proses/pembayaran/syarat di halaman Syarat Penggunan Servis di WWW.NIAGAWEBS.COM bagi kerja-kerja pembangunan sistem pakej pilihan saya.
b). Setuju untuk memberi WWW.NIAGAWEBS.COM akses ke sistem Hosting yang disewa oleh saya untuk tujuan pembangunan sistem yang saya langgan iaitu pakej MYBLOG!
c). Setuju untuk memberikan maklumat dan kerjasama yang baik
d). Setuju untuk melanggan pakej MYBLOG! selama (mengikut tempoh langganan yang dipilih oleh saya) yang akan dibangunkan oleh WWW.NIAGAWEBS.COM
e). Setuju sekiranya saya telah mempunyai Domain sendiri, pihak saya akan E-Mel Domain Access Document kepada pihak NIAGAWEBS bagi membuat pautan link IP server pada domain yang telah digunakan oleh saya.Dan sekiranya pihak saya tidak memberikan komitment serta E-Mel data yang diperlukan oleh NIAGAWEBS dalam masa 24 Jam, saya setuju untuk pihak NIAGAWEBS akan memulangkan wang dposit dan proses pembangunan akan ditamatkan serta merta.
f). Setuju dengan CAJ kos perkhidmatan pembangunan pakej MYWEB! serta menggunakan CMS sebagai enjin pada laman web anda |
|
Pembelian Pakej-Pakej yang Ditawarkan Oleh Pihak WWW.NIAGAWEBS.COM
|
Bagi Urusniaga pembelian pakej yang ditawarkan oleh pihak WWW.NIAGAWEBS.COM, hanya Ringgit Malaysia (RM) sahaja diterima
|
|
Pembayaran ke akaun Pilihan
|
WWW.NIAGAWEBS.COM menyediakan (2) jenis akaun untuk pembayaran iaitu :-
(1) Maybank Bhd
(2) CIMB BHD
Bagi pembayaran yang dilakukan, pihak pelanggan perlu E-Mel bukti pembayaran ke E-Mel billing@niagawebs.com dan memberi tahu WWW.NIAGAWEBS.COM yang mana anda telah membuat pembayaran bagi Deposit pilihan pakej yang langgan.
Untuk kerja-kerja pembinaan laman WEB, pembinaan akan berlaku apabila pihak pelanggan E-Mel bukti pembayaran deposit yang telah dibuat.
|
|
Tempoh Siap Bagi Pembangunan Pakej Yang Dipilih
|
WWW.NIAGAWEBS.COM akan membangunkan pakej yang dipilih dalam masa (5) hari waktu bekerja dan sekiranya pakej yang telah disiapkan dalam masa (5) hari dan, pihak pelanggan tidak menjelaskan pembayaran sepenuhnya (mengikut dokumen syarat melanggan) pihak WWW.NIAGAWEBS.COM akan memulangkan wang deposit dan menutup akaun yang dilanggan serta merta.
Sekiranya WWW.NIAGAWEBS.COM mendapati masalah-masalah yang musabah yang tidak dapat dielakkan bagi proses pembangunan laman web, pihak WWW.NIAGAWEBS.COM akan memanjangkan tempoh pembinaan laman WEB yang dilanggan oleh pihak pelanggan kepada 2-3 hari waktu bekerja (bergantung kepada komitmen pelanggan dengan pihak WWW.NIAGAWEBS.COM .
|
|
Jaminan Keselamatan Hosting & Pakej Web yang dibangunkan
|
Segala maklumat lengkap mengenai data pelanggan akan disimpan dengan selamat oleh WWW.NIAGAWEBS.COM.Pelanggan tidak perlu risau kerana pihak WWW.NIAGAWEBS.COM amat mementingkan keselamatan pada servis pakej yang diberikan.
|
|
Kata Laluan & Kata Kunci |
Anda perlu menjaga keselamatan Kata Laluan dan Kata Kunci untuk Hosting yang disewa serta perlu menukarnya selalu bagi tujuan keselamatan |
|
Perjanjian Perkhidmatan @ WWW.NIAGAWEBS.COM |
Membatalkan Langganan Pakej Yang Dibuat
Sekiranya anda ingin membatalkan pakej yang dilanggan, pembatalan perlu dibuat dalam masa 24 Jam selepas Laman WEb anda dilancarkan. Sekiranya anda ingin membatalkan pakej yang dilanggan, anda harus membayar RM50 ringgit bagi kami menjalankan proses pembatalan serta akan memadam kesemua data-data pakej MYWEB! yang telah dibangunkan pada hosting anda dan pemulangan Wang tidak termasuk pembelian hosting dan domain yang dilanggan (mengikut tahun yang dibuat) oleh anda. Pihak WWW.NIAGAWEBS.COM hanya memulangkan kos bagi pembangunan pakej MYWEB! sahaja iaitu pembangunan .php , dan data-data berkaitan .php files tersebut. |
Melanggar HAK pekerja WWW.NIAGAWEBS.COM
WWW.NIAGAWEBS.COM tidak membenarkan anda mengkasari / mengugut/ E-Mel pekerja-pekerja di WWW.NIAGAWEBS.COM . sekiranya perkara ini berlaku, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. |
|
Pembangunan Sistem Wordpress dan CMS ( Content Management System ) |
Wordpress |
|
WWW.NIAGAWEBS.COM hanya membangunkan pembangunan asas/basic program BLOG Wordpress sahaja |
WWW.NIAGAWEBS.COM tidak akan bertangungjawab bagi kerosakan/masalah/ Bugs sistem selepas menyerahkan Kata Laluan dan Kata Kunci Hosting (selepas pelanggan menjelaskan pembayaran sepenuh bagi langganan pakej) |
|
WWW.NIAGAWEBS.COM tidak akan bertanggungjawab bagi kerja-kerja Update sistem wordpress. |
CAJ kos perkhidmatan pembangunan sebanyak RM50 akan dikenakan untuk kali ke dua (2) pembangunan ( sekiranya berlaku kerosakan teknikal dimana selepas WWW.NIAGAWEBS.COM memberi maklumat kata laluan kepada pelanggan - program telah dibangunkan ) |
|
(CMS) Content Management System |
WWW.NIAGAWEBS.COM tidak akan bertangungjawab bagi kerosakan sistem selepas menyerahkan Kata Laluan dan Kata Kunci Hosting (selepas pelanggan menjelaskan pembayaran sepenuh bagi langganan pakej) |
CAJ kos perkhidmatan pembangunan RM100 akan dikenakan sekiranya program tersebut hendak di bangunkan untuk kali kedua |
| |
Agen Pemasaran Secara Online @ Sistem Affiliate |
1. Bagi program ini, pihak kami berterima kasih kerana sudi menjadi agen bagi membuat promosi perkhidmatan yang disediakankan.
2 .Pihak kami akan menghubungi Agen yang telah dilantik bagi program ini.
3. 2 jenis komisyen yang akan diberikan iaitu bagi pakej MYWEB! (1) dan MYBLOG! (2) iaitu program pembangunan laman WEB dan BLOG.
4. Bagi pembayaran komisyen , pembayaran akan dibuat selepas Pakej yang dilanggan oleh pihak pelanggan siap dibangunkan (LIVE ONLINE) selepas 24 jam. Pihak pengurusan akan Bank In jumlah komisyen yang akan diberikan.
5. Bagi pembayaran di Malaysia pihak kami akan membayar di akaun MAybank dan CIMB sahaja.
5. Pembayaran komisyen adalah berdasarkan "Selesai Pembangunan Pakej MYWEB! atau MYBLOG! selepas 24 Jam Online )
|
Rumusan Syarat/Polisi/ Hak Pembangunan Laman WEB oleh WWW.NIAGAWEBS.COM |
Pihak WWW.NIAGAWEBS.COM berterima kasih kepada pelanggan yang sudi memberikan peluang dan kepercayaan bagi membangunkan laman WEB/BLOG mereka mengikut pakej yang dikehendaki.
Pihak WWW.NIAGAWEBS.COM juga mengharapkan komitmen dari pihak pelanggan bagi proses pembangunan laman WEB/BLOG yang dibangunkan.
Sekiranya berlaku hal-hal berkaitan undang-undang bagi pembangunan laman WEB/BLOG yang dilanggan oleh pihak pelanggan, pihak WWW.NIAGAWEBS.COM serta pelanggan boleh jadikan maklumat pada halaman (Syarat-syarat penggunaan, Pembangunan Laman WEB dan Penafian) ini sebagai bukti@dokumen sokongan bagi pengurusan/pembangunan/pembayaran untuk masalah yang berlaku. |
| |